Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..
saudari disayangi keluarga.. disayangi ibu.. punyai cukup lengkap serba serbi.. apa lagi yg tidak membahagiakan saudari ? apa lagi dugaan yg dihadapi saudari? saudari punyai ramai kenalan yg mampu berbicara ttg permasalahan.. kadang2 luahan itu bukan semestinya untuk membuktikan kebenaran. tapi perlu untuk melepaskan kekusutan di dalam dada. saudari tidak patut menyimpan masalah saudari sendirian kerana lambat laun saudari sendri yang akan merana. pejamkan mata celikkan mata hati.. belajar dari kesilapan.. tak semua yg sempurna tapi dengan menyalahkan ketidaksempurnaan bukan penyelesaian.. semua orang pernah melakukan kesilapan.. ambillah jernih dari silap itu buanglah keruh dari silap itu.. apa yang ingin saya nyatakan disini.. jangan menanggung segala masalah seorang diri bila mana kamu punyai teman yg setia menjadi pendengar.. setia menjadi bahu bila kamu menangis,. assalamualaikum.
ReplyDelete