kuatkan aku

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..




kFc















Lunch with c Along..cam taw-taw je aku lapar..ihhihhihi..ape pon rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari biak datang sendiri..hihih..santapan tengah hari snack plate KfC..Thanks budak kecik, lain kali belanja lagi...ihhihi

cinta jatuh hati


kenyataan itu...adakah aq harus terus berlari...

“Pernahkah kamu berlari dan terus berlari?“
Kadang kita tak pernah merasa penat ketika berlari. Berlari (berusaha) meninggalkan kenyataan rasanya begitu menyenangkan tetapi adakalanya menakutkan, kerana berkali-kali kenyataan jelas ada di depan kita. Ketika rasa itu menghampiri hati dan fikiran, lama-kelamaan kamu akan menemukan pembaziran dalam sebuah “pelarian”. Semakin jauh kamu menusaha melarikan diri dari kenyataan, semakin dekat kenyataan denganmu. Hingga akhirnya penat menjadi kenyataan yang menghampirimu. Ada sebuah pelajaran yang hampir kita lupakan ketika berlari. Kadang kita hanya melihat pada tahap berapa cepat kita berlari dan seberapa jauh kita meninggalkan. Pernahkan kita terpikir bila saat berjalan? Dan bila waktu yang tepat untuk berhenti, merehatkan diri hati ini?
“Sayangnya kita sering mencoba berlari tanpa belajar berjalan terlebih dahulu, dan melupakan bahagian terpenting, iaitu berhenti. Tak mustail jika kamu terus terjatuh.”

Lady_momo

meReka

 #kawansaya#

rindu kat korang smua..bla la dpt jmpa blik kan..ehmmmm,yeye je kn..mcm la tk jmpa
dah..ihhihhi..saje je buat sedih...kalau kta jodoh kta pasti ketemu lagi..amboi2 ayat aq..hope korang semua sihat...nanti khawin jangan lupa jemput kawan korang ney er..miz u smua...

Cinta

assalamamualaikum...hai mukabuku..lama tk update blog aq ney..rindu nk merepek kat cni..
...ari tu bzz final exam..so skrg dah hbs study...masa free bnyk kot...hihihhi

2013
permulaan baru bt aq...mula fkir masa depan...hbs dip nk bt ape...smbung dgree or kerja.
ehm...susah sngt kwin trus..hhahaha...tp tk kot..insyallah..lau dpanjangkn usia aq nk ada aset dlu bru khwin..
bt masa ney aq tlg akak aq jaga butik dia kat complex bukit jambul.
sblum hbs cacat ney nk coret ape entah :

 # PeLangi Kosong #

hari biasa di waktu pagi
kosong jalan hadir pelangi
jiwa bertanya tanpa jawab
diam hitam putihnya
dulu pelangi riang
kini dia kosong tanpa warna
tanpa jalur warna membaluti 
jiwa itu sama sepertinya
bahasa sama-samar
tapi menikam jantung patah
hati..

ihhihi..tba2 jd bdk sastra lak kan...tiada paksaan dalam hidup melainkan kena paksa...ape pon hope tahun 2013 permulaan baru perjalan hidupku,kerjayaku,ape2 la sama waktu denganya..(*_^)



#kawansaya#

Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kamu palingkan wajah. Jangan mengaku kawan, kalau dia tersesat kamu membiarkan. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah, kamu tidak menegur, sebaliknya mengumpat di belakangnya..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri, maka itulah perlunya kawan yang baik, untuk saling melengkapi dan mengasihi. Kerana Allah.

Jangan menunding jari, mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri, malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain. Bak pepatah orang dulu-dulu. Lebih kurang begini bunyinya;

"Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang diteropong."

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak."

Rahsia Allah, kita tidak tahu. Perjalanan hidup kita, samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Kita tidak tahu apa-apa. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja. Kita punyai usaha dan kudrat, akal dan minda, naluri dan perasaan, kehendak dan keinginan. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat. Segalanya adalah anugerah dari-Nya. Teruskanlah mara ke hadapan. Berusahalah.

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan. Namun janganlah risau, usah gentar. Allah sentiasa ada bersama kita. Sebelum kita lahir ke bumi, Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita.

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara. Kita punyai ibu dan ayah. Kita ada abang dan kakak, adik-adik dan saudara mara. Kita punya kawan-kawan. Semua orang perlukan teman. Begitu juga saya perlukan anda semua, kawan-kawan saya.

Seiring dengan peredaran masa. Kawan datang dan pergi. Ada yang sentiasa setia di sisi, namun jumlahnya tidak banyak. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu. Biarpun diperlimbahan sekalipun, cahayanya tetap berkilauan. Tidak kira susah atau senang, dia akan sentiasa bersama. Andai kita terjatuh, dia akan menarik kita ke atas. Andai kita tersesat, dia akan menunjukkan jalan yang betul. Andai kita terbuat silap, dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Dia akan menutup aib kita. Dia akan melindungi kita dari kedukaan. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan kita. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya. Dia akan sentiasa mendoakan kita. Sentiasa.

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh. Nobody can live alone. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi, mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan, biar susah atau senang.

Amin ya rabb. Moga Allah memakbulkan semua doa-doamu. Kawan.