kenyataan itu...adakah aq harus terus berlari...
“Pernahkah kamu berlari dan terus
berlari?“
Kadang kita tak pernah merasa penat ketika berlari. Berlari (berusaha) meninggalkan kenyataan rasanya begitu
menyenangkan tetapi adakalanya menakutkan, kerana berkali-kali kenyataan jelas ada di
depan kita. Ketika rasa itu menghampiri hati dan fikiran, lama-kelamaan kamu akan menemukan pembaziran dalam sebuah “pelarian”.
Semakin jauh kamu menusaha melarikan diri dari kenyataan, semakin dekat
kenyataan denganmu. Hingga akhirnya penat menjadi
kenyataan yang menghampirimu. Ada sebuah pelajaran yang hampir kita
lupakan ketika berlari. Kadang kita hanya melihat pada tahap berapa cepat kita
berlari dan seberapa jauh kita meninggalkan. Pernahkan kita terpikir bila saat berjalan? Dan bila waktu yang tepat untuk berhenti, merehatkan diri hati ini?
“Sayangnya kita sering mencoba
berlari tanpa belajar berjalan terlebih dahulu, dan melupakan bahagian
terpenting, iaitu berhenti. Tak mustail jika kamu terus terjatuh.”
Lady_momo