#kawansaya#

Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kamu palingkan wajah. Jangan mengaku kawan, kalau dia tersesat kamu membiarkan. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah, kamu tidak menegur, sebaliknya mengumpat di belakangnya..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri, maka itulah perlunya kawan yang baik, untuk saling melengkapi dan mengasihi. Kerana Allah.

Jangan menunding jari, mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri, malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain. Bak pepatah orang dulu-dulu. Lebih kurang begini bunyinya;

"Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang diteropong."

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak."

Rahsia Allah, kita tidak tahu. Perjalanan hidup kita, samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Kita tidak tahu apa-apa. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja. Kita punyai usaha dan kudrat, akal dan minda, naluri dan perasaan, kehendak dan keinginan. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat. Segalanya adalah anugerah dari-Nya. Teruskanlah mara ke hadapan. Berusahalah.

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan. Namun janganlah risau, usah gentar. Allah sentiasa ada bersama kita. Sebelum kita lahir ke bumi, Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita.

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara. Kita punyai ibu dan ayah. Kita ada abang dan kakak, adik-adik dan saudara mara. Kita punya kawan-kawan. Semua orang perlukan teman. Begitu juga saya perlukan anda semua, kawan-kawan saya.

Seiring dengan peredaran masa. Kawan datang dan pergi. Ada yang sentiasa setia di sisi, namun jumlahnya tidak banyak. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu. Biarpun diperlimbahan sekalipun, cahayanya tetap berkilauan. Tidak kira susah atau senang, dia akan sentiasa bersama. Andai kita terjatuh, dia akan menarik kita ke atas. Andai kita tersesat, dia akan menunjukkan jalan yang betul. Andai kita terbuat silap, dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Dia akan menutup aib kita. Dia akan melindungi kita dari kedukaan. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan kita. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya. Dia akan sentiasa mendoakan kita. Sentiasa.

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh. Nobody can live alone. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi, mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan, biar susah atau senang.

Amin ya rabb. Moga Allah memakbulkan semua doa-doamu. Kawan.

i LoVE kEK cokLET

Kek MoMO...yuMMIIEEE..

Seddap hingga menjilat jari..perh...akhirnya selama seminggu teringin nak makan kek coklet dapat juga le
merasa hasil dari air tangan sendiri....terhasilla kek coklet MoMO...HAHAHAH..comel tak nama kek tu.??ye2 je comel...ape pon semua tu kepuasan buat diri sendiri... kepada sifu yang telah mengajar aq iaitu cik Sitti Rokiah tima kasi la..jasamu dikenang dan kepada rakan-rakan yang dah bantu aq menghabiskan kek ney..tima kasi sangat2..harap korang suka..lau tak sedap tima je la nak wat cam mana aq ney budak baru belajar la katakan..ehm,....ape-ape pon hope korang suka la ye...len kali bila aq buat lagi korang gak yang aq bagi..ihihhihi...

sAya sUka MakAN..

BERobBOk( buBuR BuGIs)

  
allo..semua...nak bgtaw ney....ari ney saya masak berobbok ney...
seddappp..yummmmyyy...

JaLan-JaLan Itu INdaH

semalam kuar gan mmber aq..nama dia kia..kuar pon ingt nak g ambil laptop dia je kat megamoll tp wanita..biasala bila tengok barang cantik pantang mesti malar...ihihihih...nak di jadikan cerita perhhh..
ney ar mmber aq...time ney ingt nak g makan tp bila dah masuk kedai  tu....mula le nak merayap pilih barang..hihihihi...wanita kaki shopping...whatever...


satu barang RM29.90..amek dua brng dapat RM50..perhhhhh..gila la..harga bajet le sngt tp sebenarnye semua tu tipu..brang tu mmg harga mcm tu...kedai tu saje letak hrga cam tu tp sebnrnye  harga brang tu..hahaahaha..ney la bestnye jd bdk business semua benda blh th..ye2 je kan...


ney makannya yang aq makan time kat megamoll..claypot tomyam...yummmmyyy(^-^).
time nak makan sesuap tu blh lak batuk2..entah sapela sebut nak aq time tu..aish....
merah padan muka aq time 2..member aq la ckp...ihhiihitime batuk tu sakit gila smpai ke hidung..
lepas je makan...round2 jap megamoll tu..pastu balik....time nak blik tak tahu nak ikut ape..bas ke or teksi or kereta sapu??????first..ingt nak naik bas tp tak thu kat mn perhentian bas..ktaorg pon pakat la nak naik teksi..tanya le kat pakcik teksi tu...perbualan kami:
kami: pakcik nak g jj brp???guna meter tak??
teksi: tak guna..RM15..
kami: RM15!! RM10 tak blh ke??
teksi: RM10 tu lau nak g hotel tu..
kami: (pakat tgok kat mn  hotel tu)...ehm..ok..tak jadila pakcik..tima kasi
perhhhh..gila la punya la dekat tmpat kami mau p tu..pakcik tu blh ckp harga RM15...nak harga RM10 tu nak g hotel tu je...dekat gila hotel tu dibg harga cm tu.....ney mmg ckek harga gila2 la...takpela, kami pun pakat le nak ikut kereta sapu..hahahaha..tpon la kereta sapu..mula2 semua bzzzla,bercuti la n blalalalalal.....dan akhirnya..ade juga org nak amek kami iaitu abang lan (kereta sapu)..hahahaha..sape tu kami pon tak kenal..first time ikut.......hahaha..nak di jadikan cerita time ney tgh tunggu kereta sapu nak ambik tp ktaorg pon tak th la cm mn rupa pemilik kereta sapu tu pastu pakat nak teka ciri-cir org tu cam mn..aq pon ckp la orang dia mesti cm adyputra..member aq cakap cm aAron aziz..hahaha..smpai je abg kerata sapu tu..perhhhh...cm mamak jual roti canai..gelap gila..hiihhihihihih...
ehm..cm tu la cerita aq jalan-jalan kat megamoll....pastu kami g jj nak beli barang dapur..ingt nak masak makanan kegemaran...berobok(bubur jagung org bugis)..beli barang dapur je RM60...padahal ckit je brang yg kami beli tu..ehm..makan punye pasal beli je la.....ehm...oklah..nak hbs dah..tak th nak coret ape g..nnt kta smbung er...taatatattataat...

cErita SayA

assalamualaikum...
lama dah tak update blog ney..bnyak cerita nak kongsi tp takde masa yang membuatkn ia terbiar cm tu je..wat sementara waktu je kot..hihihih..ape pon mulai ari ney nak start tulis dah tp tu pon lau tak bzzz...biasala kn skrg ney bz gan study..assignment yang berlambak,kuiz,test n blalalalalala....bnyak kot--->(^.^)
nak dijadikan cerita ari ney kena jawab kuiz investment..time lactr masuk cm biasa je tp bila dia bg kertas soalan..perhhhh...diri trus jadi gelabah..entahla, bila nak jawab kuiz or test msti gelabah...nak ckp soalan susah tak jg coz hnya dua soalan je kot..hihihihih..saje2 je buat gelabah coz tak ulangkaji memang gelabah la..haahahahah....ape yang aq merepek ney..tak faham le...

tak faham biar aq je yang faham..ihhihihi..ape2 pon alhamdulillah...dpt juga jawab walaupon pada mula ade silap.hihih..lectr tu ok tp sayang dia nak sambung study dah...kira minggu dpn lactr baru dah..harap lectr yg ganti dia ok,sporting,sekepala..ihhihih..memandai je aq kn..ape pon thnks puan soliha..jasa mu di kenang....
sebelum kelas puan soliha, kelas puan sarah...puan sarah ajar law...perhhh..laju gilaa dia ajar....subjek len baru masuk bab 2 dia dah masuk bab 4...apa takye dia ajar cm roket..hhaahaha..(cm mn la tu kan).....tapi puan sarah ajar best sngt2...walaupon adakalanya tak fham ape yang dia ajar tp buat2 paham pastu tnya dia blik...msti dia terang blik....kitorang sekelas suka sakat dia...hihihhihi..jahat tp nak hilangkan gantok msti cm tu...ayat dia yang paling aq suka  bila dia cakap : "pandai yusran"...aq pon balas :"amin,tima kasi puan"...haahahaha..time tu aq try jawab je kot ape yang dia tnya tp tuptup betul lak ape yang aq jawab tu..hahaahha..senyum smpai ke dahi la...:)
ehm...ape pon ari ney nak tulis ne je kot..tgok la lau ade masa free lg nak sambung coret lak ok......